Saturday, 5 August 2017

UNIT UNIFORM


ASSALAMUALIKUM
                                    Unit Uniform
Saya, Siti Zulalina binti Abdul Rahman Richard Abdullah
Saya dari kelas 5 Arif
---------------------------------------------------------------------------------
"TOLONG ORANG SELALU"

Saya ingin menceritakan tentang unit uniform. Di sekolah saya, ada lima unit beruniform iaitu Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah. 


-baju Pandu Puteri Tunas


Saya menyertai unit beruniform Pandu Puteri Tunas. Ini ialah pakaian Pandu Puteri Tunas. Baju ini berwarna hijau.
Saya sangat suka akan unit beruniform ini.













-Seluar Pandu Puteri Tunas
Seluar ini berwarna biru pekat.

Ini ialah baju kuning Pandu Puteri Tunas. Baju ini digunakan ketika membuat aktiviti-aktiviti semasa perkhemahan ataupun berkawad.
Ini ialah lencana bahu Pandu Puteri Tunas Malaysia. Saya menjahit lencana ini dibawah garisan jahitan baju pada bahu. Lencana ini perlu dijahit pada kedu-dua bahu baju.



Ini ialah bunga kumpulan. Saya berada di kumpulan bunga kenanga. 

       Lagu bunga kumpulan :-                                                          

  • Melur: Melur taat dan setia                                                                            

Berusaha setiap masa.                                

  • Siantan: Siantan datang berkawan                                        

Berani macam pahlawan.                    

  • Teratai: Teratai nama kami                                                

Bekerja setiap hari.                            

  • Keidang: Kami kesidang datang                                      
                           Menolong pagi petang.                

  •  Cempaka: Cempaka bersuka ria                                      
                            Menolong orang duka.          

  • Kenanga: Kami bernama kenanga                                  
                               Berjasa bertenaga.                  



Ini ialah lencana dunia. Lencana ini diletakkan di belah kanan baju dan di atas poket.

Ini ialah woggle. Woggle digunakan untuk ditahan pada skarf. Ini digunakan supaya skarf tidak tertanggal.

Ini ialah logo Pandu Puteri Tunas. Logo Pandu Puteri Tunas tidak  berwarna. 



  Ini ialah pakaian lengkap Pandu Puteri Tunas.








                                                                        

ITU SAHAJA DARIPADA SAYA
SEKIAN, TERIMA KASIH.















Sukan Dan Permainan

                                               
                 
ASSALAMUALAIKUM

                                                      Sukan Dan Permainan

Saya, Siti Zulalina binti Abdul Rahman Richrad 
Saya kelas 5 Arif




Ini ialah sukan saya. Nama sukan ini ialah badminton. Di sekolah, saya menyertai kelab badminton. Sukan ini sangat menarik. Sukan ini dapat memeluhkan badan. Sukan ini menggunakan raket dan bulu tangkis.





Ini juga salah satu sukan saya. Nama sukan ini ialah berenang. Berenang juga dapat menyihatkan badan. Badan kita  akan lebih cergas, otak kita pun cerdas. Berenang dapat mengeluarkan peluh.








Saya suka permainan tarik tali. Permainan ini selalu diadakan sewaktu Hari Keluarga. Saya tidak main tarik tali sewaktu Hari Keluarga kerana permainan ini hanya untuk orang dewasa sahaja. Saya pernah main permainan ini sekali semasa Hari Sukan.
Permainan ini dinamakan Sahibba. Permainan ini menggunakan huruf. Kita perlu mencantumkan huruf-huruf menjadi satu perkataan ataupun sambungkan dengan huruf yang telah diletak.
Saya suka permainan ini kerana permainan ini sangat menarik.







Ini ialah congkak. Permainan ini menggunakan guli. Saya selalu main permainan ini ketika waktu Pendidikan Jasmani. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Saya selalu bermain permainan ini dengan kawan saya. Cikgu memberi kami guli dan kami bahagikan sama rata. 










Permainan ini ialah dam ular. Permainan ini  memerlukan empat atau lima orang. Saya selalu main permainan ini dengan kawan-kawan saya. Permainan ini menggunakan beberapa benda sepeti kon yang kecil (ataupun bentuk yang lain). Jika kon terkena pada lidah ular kita perlu tarik kon itu di hujung ekor ular.





Nama sukan ini adalah bola sepak. Dulu saya suka bermain bola sepak dengan abang  saya. Tetapi, sekarang saya tidak bermain lagi kerana sukan ini lelaki sahaja yang boleh main. Bola sepak sangat menarik. Saya selalu disuruh menjadi penjaga gol (goal keeper). 

Wednesday, 2 August 2017

HOBI SAYA

              
ASSALAMUALAIKUM

                                    HOBI SAYA

Saya, Siti Zulalina binti Abdul Rahman Richard
Saya kelas 5 Arif 


HOBI SAYA




Saya suka bermain badminton. Kadangkala saya bermain bersama abang saya. Saya selalu bermain badminton pada hari minggu atau hari Khamis. Di sekolah, saya menyertai kelab badminton.  Saya dapat bermain badminton bersama kawan-kawan saya. 



Ini ialah doodle. Jika saya bosan saya akan melukis. Saya juga suka melukis lukisan seperti kartun, pemandangan dan haiwan. 









Saya juga suka melukis  geometri yang diajar oleh rakan saya. Pada mulanya, saya ingatkan geometri ini susah tetapi senang sahaja.








Saya juga suka mewarna. Saya selalu menggunakan krayon, pensil warna, dan cat. Saya suka membuat seni dengan menggunakan cat. Saya suka mewarna menggunakan pensil warna. Saya menggunakan krayon jika cat saya sudah habis.

-Pensil warna                                       


-Cat
                                                              -Krayon
Saya selalu dengar lagu ketika bosan. Tetapi tidak terlalu lama untuk mengelakkan sakit telinga. Saya selalu menggunakan earphone kerana lebih menarik.






KELUARGAKU


Assalamualaikum....
                                     keluargaku

Saya , Siti Zulalina Binti Abdul Rahman Richard
Saya berumur 11 tahun
Saya kelas 5 Arif
Saya sekolah di Sekolah Rendah Setiabudi




Ini keluarga saya. Saya mempunyai 7 adik- beradik. Keluarga saya ada 2 orang perempuan dan 5 orang lelaki. Ini gambar kami ketika Raya.

         







 

Ini ialah abang sulung saya. Nama dia ialah Muhammad Zulfekar. Dia berumur 27 tahun. Dia telah bekerja sebagai architect. Dia bekerja bersama ayah saya. Dia sudah bertunang. Dia suka bermain badminton dan bola sepak. Dia bermain bersama kawan-kawannya. 






Ini ialah kakak saya. Dia anak yang ke-2. Nama dia ialah Siti Zulaikha. Dia berumur 24 tahun. Dia sedang belajar di Plymouth, United Kingdom. Lawa orangnya. Dia pandai memilih pakaian dan berfesyen. 







Ini ialah abang saya. Dia anak yang ke-3 . Nama dia ialah Muhammad Zulfadhli. Dia berumur 22 tahun. Dia sedang belajar di Universiti Teknologi Petronas, Perak. 







Ini ialah abang saya. Dia anak yang ke-4. Nama dia ialah Muhammad Zulkarnain. Dia berumur 20 tahun. Dia sedang belajar di Taylor Universiti. Dia pandai melukis seperti arkitek. Dia suka melukis bangunan.






Ini ialah abang saya. Dia anak yang ke-5. Nama dia ialah Muhammad Zulkifli. Dia berumur 13 tahun (tingkatan 1). Dia sekolah di Sekolah Menengah Islam Darul Ehsan (SMIDE). Dia suka bermain bola sepak.  






Ini ialah saya. Saya anak yang ke-6. Nama saya ialah Siti Zulalina. Saya berumur 11 tahun(darjah 5). Saya sekolah di Sekolah Rendah Setiabudi. 






Ini ialah adik saya. Dia anak yang ke-7. Nama adik saya ialah Muhammad Zulhilmi. Adik saya berumur 9 tahun(darjah 3). Adik saya juga sekolah di Sekolah Rendah Setiabudi. Dia comel juga sewaktu kecil.  Dia suka main komputer riba. Dia suka tengok YouTube ataupun bermain game Roblox.




Ini ialah ayah saya. Nama ayah saya ialah Abdul Rahman Richard Abdullah. Ayah saya bekerja sebagai seorang architect. Ayah saya berumur 48 tahun. Ayah saya memiliki syarikatnya sendiri iaitu Abdul Rahman Richard Architect (ARRA). Ayah saya sangat baik dan pandai bersabar. Kadang-kadang ayah saya bermain golf jika ada masa. 





Ini ialah ibu saya. Nama ibu saya ialah Kharrus binti Ismail. Ibu saya bekerja sebagai seorang architect. Ibu saya berumur 48 tahun. Ibu saya bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR). Ibu saya jual pakaian muslimah seperti baju, jubah, sarung tangan dan stokin.