Saturday, 5 August 2017
Sukan Dan Permainan
ASSALAMUALAIKUM
Sukan Dan Permainan
Saya, Siti Zulalina binti Abdul Rahman Richrad
Saya kelas 5 Arif
Ini ialah sukan saya. Nama sukan ini ialah badminton. Di sekolah, saya menyertai kelab badminton. Sukan ini sangat menarik. Sukan ini dapat memeluhkan badan. Sukan ini menggunakan raket dan bulu tangkis.
Ini juga salah satu sukan saya. Nama sukan ini ialah berenang. Berenang juga dapat menyihatkan badan. Badan kita akan lebih cergas, otak kita pun cerdas. Berenang dapat mengeluarkan peluh.
Saya suka permainan tarik tali. Permainan ini selalu diadakan sewaktu Hari Keluarga. Saya tidak main tarik tali sewaktu Hari Keluarga kerana permainan ini hanya untuk orang dewasa sahaja. Saya pernah main permainan ini sekali semasa Hari Sukan.
Permainan ini dinamakan Sahibba. Permainan ini menggunakan huruf. Kita perlu mencantumkan huruf-huruf menjadi satu perkataan ataupun sambungkan dengan huruf yang telah diletak.
Saya suka permainan ini kerana permainan ini sangat menarik.
Ini ialah congkak. Permainan ini menggunakan guli. Saya selalu main permainan ini ketika waktu Pendidikan Jasmani. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Saya selalu bermain permainan ini dengan kawan saya. Cikgu memberi kami guli dan kami bahagikan sama rata.
Permainan ini ialah dam ular. Permainan ini memerlukan empat atau lima orang. Saya selalu main permainan ini dengan kawan-kawan saya. Permainan ini menggunakan beberapa benda sepeti kon yang kecil (ataupun bentuk yang lain). Jika kon terkena pada lidah ular kita perlu tarik kon itu di hujung ekor ular.
Nama sukan ini adalah bola sepak. Dulu saya suka bermain bola sepak dengan abang saya. Tetapi, sekarang saya tidak bermain lagi kerana sukan ini lelaki sahaja yang boleh main. Bola sepak sangat menarik. Saya selalu disuruh menjadi penjaga gol (goal keeper).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment