ASSALAMUALIKUM
Unit Uniform
Saya, Siti Zulalina binti Abdul Rahman Richard Abdullah
Saya dari kelas 5 Arif
---------------------------------------------------------------------------------
"TOLONG ORANG SELALU"
Saya ingin menceritakan tentang unit uniform. Di sekolah saya, ada lima unit beruniform iaitu Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah.
-baju Pandu Puteri Tunas |
Saya menyertai unit beruniform Pandu Puteri Tunas. Ini ialah pakaian Pandu Puteri Tunas. Baju ini berwarna hijau.
Saya sangat suka akan unit beruniform ini.
-Seluar Pandu Puteri Tunas
Seluar ini berwarna biru pekat.
Ini ialah baju kuning Pandu Puteri Tunas. Baju ini digunakan ketika membuat aktiviti-aktiviti semasa perkhemahan ataupun berkawad.
Ini ialah lencana bahu Pandu Puteri Tunas Malaysia. Saya menjahit lencana ini dibawah garisan jahitan baju pada bahu. Lencana ini perlu dijahit pada kedu-dua bahu baju.
Ini ialah bunga kumpulan. Saya berada di kumpulan bunga kenanga.
Lagu bunga kumpulan :-
- Melur: Melur taat dan setia
Berusaha setiap masa.
- Siantan: Siantan datang berkawan
Berani macam pahlawan.
- Teratai: Teratai nama kami
Bekerja setiap hari.
- Keidang: Kami kesidang datang
Menolong pagi petang.
- Cempaka: Cempaka bersuka ria
Menolong orang duka.
- Kenanga: Kami bernama kenanga
Berjasa bertenaga.
Ini ialah woggle. Woggle digunakan untuk ditahan pada skarf. Ini digunakan supaya skarf tidak tertanggal.
Ini ialah logo Pandu Puteri Tunas. Logo Pandu Puteri Tunas tidak berwarna.
ITU SAHAJA DARIPADA SAYA
SEKIAN, TERIMA KASIH.