Assalamualaikum....
keluargaku
Saya , Siti Zulalina Binti Abdul Rahman Richard
Saya berumur 11 tahun
Saya kelas 5 Arif
Saya sekolah di Sekolah Rendah Setiabudi
Ini ialah abang sulung saya. Nama dia ialah Muhammad Zulfekar. Dia berumur 27 tahun. Dia telah bekerja sebagai architect. Dia bekerja bersama ayah saya. Dia sudah bertunang. Dia suka bermain badminton dan bola sepak. Dia bermain bersama kawan-kawannya.
Ini ialah kakak saya. Dia anak yang ke-2. Nama dia ialah Siti Zulaikha. Dia berumur 24 tahun. Dia sedang belajar di Plymouth, United Kingdom. Lawa orangnya. Dia pandai memilih pakaian dan berfesyen.
Ini ialah abang saya. Dia anak yang ke-3 . Nama dia ialah Muhammad Zulfadhli. Dia berumur 22 tahun. Dia sedang belajar di Universiti Teknologi Petronas, Perak.
Ini ialah abang saya. Dia anak yang ke-4. Nama dia ialah Muhammad Zulkarnain. Dia berumur 20 tahun. Dia sedang belajar di Taylor Universiti. Dia pandai melukis seperti arkitek. Dia suka melukis bangunan.
Ini ialah abang saya. Dia anak yang ke-5. Nama dia ialah Muhammad Zulkifli. Dia berumur 13 tahun (tingkatan 1). Dia sekolah di Sekolah Menengah Islam Darul Ehsan (SMIDE). Dia suka bermain bola sepak.
Ini ialah saya. Saya anak yang ke-6. Nama saya ialah Siti Zulalina. Saya berumur 11 tahun(darjah 5). Saya sekolah di Sekolah Rendah Setiabudi.
Ini ialah adik saya. Dia anak yang ke-7. Nama adik saya ialah Muhammad Zulhilmi. Adik saya berumur 9 tahun(darjah 3). Adik saya juga sekolah di Sekolah Rendah Setiabudi. Dia comel juga sewaktu kecil. Dia suka main komputer riba. Dia suka tengok YouTube ataupun bermain game Roblox.
Ini ialah ayah saya. Nama ayah saya ialah Abdul Rahman Richard Abdullah. Ayah saya bekerja sebagai seorang architect. Ayah saya berumur 48 tahun. Ayah saya memiliki syarikatnya sendiri iaitu Abdul Rahman Richard Architect (ARRA). Ayah saya sangat baik dan pandai bersabar. Kadang-kadang ayah saya bermain golf jika ada masa.
Ini ialah ibu saya. Nama ibu saya ialah Kharrus binti Ismail. Ibu saya bekerja sebagai seorang architect. Ibu saya berumur 48 tahun. Ibu saya bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR). Ibu saya jual pakaian muslimah seperti baju, jubah, sarung tangan dan stokin.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank You
DeleteLin adik yang baik. Pandai jaga ibu
ReplyDeleteuiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
ReplyDelete